Saturday, July 16, 2011

Teman honey yang tersayang

Saya ada hamster baru dan juga teman honey yang baru :) Dah lama sangat honey tak ada kawan. Kesian kat dia. Nama teman honey tu 'nonet' hihi. Kenapa nama dia nonet? Sebab dia tecik tenonet. Haha. Sebenarnya abang saya suka panggil honey saya nonet , jadi saya bagi laa nama hamster baru tu nonet. Pertama kali saya tengok nonet tu kan dia pemalas sangat !! makan sambil baring, jalan pun merangkak-rangkak sebijik macam honey. Amat sesuai la jd pasangan , masing-masing malas! haha. Nonet tu comel sangat :) Dah siap beli nonet orang kedai tu letak dalam satu bekas. Tak sampai berapa minit , dia keluarkan makanan dari mulut dia. Pastu dia yak laa. Firstime pegang dia jerit sikit, lama-lama dia dah kenal tuan dia. panjat-panjat tangan saya,gigit-gigit tangan saya. Oh lupa plak nak bagitahu nonet tu betina :) Firstime tengok dia dah tahu dah betina punya , tu yang terpikat tu. Yang tak bestnya honey saya dah besar, gemuk , pemalas . Nonet tu plak kecik. Takut bergurau-gurau kasar je dengan honey tu. Baru tadi mandikan honey sebab apa ? Sebab nak tunjuk handsome-handsome depan nonet. hihihi. Takdelaa sebab honey saya busuk sangat, dah lama tak mandi :)
ni dia nonet dah mai da. haha

comel tak saya?? 



tengokla ye tidur 
ini honey ku yang tersayang <3

Tuesday, June 7, 2011

FUNFAIR

hey awak . ye awak . dengar la saya nak cerita sikit ni . Malam tadi kan saya bersama saudara dan saudari pergi jalan-jalan di bandar terengganu :) Kampung kesayangan saya lah . Kami pergi la kat satu function ni . Macam downtown gak . Tapi yang best nya ada funfair . Sampai je kat situ hati saya dah terpikat pada funfair di situ . Dah tak pandang dah orang jual-jual kat situ . hihi . Best sangat . Mainan yang menggerunkan banyak di situ . Hello3 saya tak tergoda pun nak main MERRY GO ROUND !! haha . Mainan budak-budak je tu =P . Saya tak main mainan buaian , saya tak main rumah hantu sebab tempat tu lah yang paling menakutkan . Duduk je depan pintu rumah hantu tu dah berderau darah aku . Takut gilaaa !! haha . Saya main satu permainan ni . Dari jauh nampak best , nampak mencabar bila dah naik . haih . *menyesal ikut cakap sedara-sedara aku . haha . Cuak gilaa main TOPGUN tu . Mula-mula nak naik best tahu . Bila permainan tu buat pusingan 360 darjah nak tercabut jantung saya . haha . Rasa nak terjatuh je naik benda tu . Tapi mustahil la jatuh sebab alatan keselamatan dia berkualiti tahu . Sampai dia kepit perut saya . Senak gila . Lepas je turun dari permainan tu aku tengok seorang ni kaki dia bergetar-getar . haha . Takut sangat la tu . Yang aku ni pulak rasa macam tak ada kaki dah . Lagi dahsyat!! haha . Excuse me ! Saya berani tahu . Duduk sit paling depan bersama abang saya yang hitam tu *aby . hihi .
*permainan yang ada di situ :)
buaian terbang-terbang. haha

merry go round :)

buaian budak-budak .
Inilah TOPGUN !!

pusing-pusing-pusing laju-laju-laju :)))

Selepas puas di funfair kami semua singgah kat jambatan bergegar di terengganu .Kenapa nama jambatan tu bergegar ? Sebab jambatan tu mengikut arus angin . Kalau angin kuat kita akan rasa kita ikut angin tu sekali . Tengoklah gambar kami bersama-sama :))
mummy and daddy

kami :)

kami juga :)

datuk syahbandar :))
:)))
THE END

Monday, June 6, 2011

honey :(

Sian sangat kat honey saya . Nak tahu tak kenapa? Sebabnya dia tak tahan dengan cuaca panas kat terengganu ni :( Saya nak buat macam mana dah kat sini panas . Jadi saya buat apa yang termampu . Mandikan dia tiap-tiap hari . Letak dia depan aircond . Itu pun sekejap je . Bila dia panas kan dia takan duduk diam dalam sangkar dia. Pergi masuk gelung sana , masuk gelung sini . Haih terpaksa laa mandi honey . Bila dah mandi baru cergas sikit . Dia suka sangat keluarkan makanan dari mulut dia kat tangan saya masa saya lap badan dia . Dia memang mengada tahu =D Kadang-kadang dia suka tidur laa , yak laa . Bila orang lain pegang sikit tanak duduk diam . Nak jugak duduk kat tangan saya sebab apa? Sebab tangan mummy boleh kena yak3 . haha . cubit je honey tu .
hihi sapa ni ? honey duk lam tuala :)

tengok dia jilat-jilat bulu dia . kaki ye tecik sangat .
Bila honey duduk dekat terengganu ni kan , dia ramai peminat tahu . Sedara saya suka usik-usik dia . Tapi yang pastinya dekat mummy dia je la yang dia suka duduk . Nampak tak peranan saya sebagai mummy dia ? haha *berlagak ni =P

apa-apa pun mummy sayang honey : )

Friday, June 3, 2011

I'm done with asmara !!

asmara 2
Time asmara dinikahkan dgn tok kadi . After nikah semuanya best . hihi
Selepas zaliya dan asmara berbaik :)
Saya dah habis menonton cerita asmara . Awak pulak macam mana? Best tau awak cerita ni :) Selama seminggu aku tengok cerita ni di tonton dan satu blog best ni . macam-macam ada dalam blog ni . Cerita nora elena pun ada . Search je "bilakepalabergetar" . Tengok secara online boleh . download pun boleh :) Dah sambung cerita asmara pulak . Nak tahu tak ? hero dalam cerita ni boleh tahan =D tapi tak boleh kalah hero dalam cerita nora elena . aaron aziz :) Seronok sangat bila tengok asmara dengan zaliyah bersama . Tapi kalau asmara dengan melati tak best langsung!! haha . Ada orang cakap kat saya ending cerita ni tak best langsung sebab asmara dan zaliyah tak bersama balik . Tapi bagi saya ending dia dah cukup buat saya menangis macam tengok cerita hindustan :) Okay lah ending dia dengan zaliyah , dorang berdua ada janji sesuatu apa . Rasa-rasa macam asmara 3 ade pulak kan . kalau ada memang seronok laa . khas untuk zaliyah dan asmara :) takda melati yee . *haha jahat betul . Time cuti ni laa baru aku nak layan semua cerita-cerita yang aku tak berkesempatan tengok time sekolah . Lembab kan saya? :) Tak mengapa .
*kasi promo sikit :)